Thanks

26/09/2010,

aku menerima pengiktirafan secara rasmi dari UTM,utk aku mendapat sijil yang bernama Degree aka ijazah sarjana muda.3 tahun sebelum itu,aku sendiri xpernah terfikir aku akan dapat sijil ni,sebab aku tidak memandang kehadapan,sebaliknye pada masa itu aku sekadar teruskan perjuangan aku utk mendapat sijil.

alhamdulillah,aku berjaya.Thanks to Allah,My parents and siblings,friends and for my own self.Aku berani bet,klu korang 1st masuk universiti,1st day korang kat universiti korang xkan expect nk terus graduate.korang mesti fikir liku2 jalan yg akan dihadapi dulu sebelum grad.

Dihari aku graduate,aku teringat 1st day aku kat universiti,seorang budak hingusan yang menyimpan angan2 dan cita2 utk mendapat segulung ijazah buat dirinya sendiri dan femili bagi membuktikan dirinya seorang yang berguna dan tidak mensia-siakan peluang yang diberi.Seterusnya bermimpi utk menjadi seorang engineer dikala sudah mendapat ijazah.

Dari childhood dream,aku berjaya,flashback balik on my 1st day at universiti, aku sendiri takut dan rasa malas nk belajar,sebab suasana di johor tidak sama suasana di KL.Haha..aku admit,aku busan berada di sana,3 tahun kejap je berlalu,dan hasilnye aku berjaya mengharunginye.

aku tak expect masa convocation day,adalah hari yang terbaik ataupun greatest moment utk aku.convocation day hanyalah hari utk aku mendapat sijil,utk pengiktirafan.Sebaliknye sepanjang masa aku belajar di universiti,pegi kelas,tido,makan dgn kawan2,lepak2,tgk bola,berfoya2 itulah masa yang aku rasa moment paling best utk aku.

Tanpa moment2 greatest ni,aku mungkin tidak akan jadi seperti sekarang.Sebab,aku bukan seorang yang kaki baca buku utk skor markah tinggi dan dapat ijazah.Haha,aku ingat lagi game champions league pukul 3.45 pagi,tapi kul 9 pagi aku ada test,aku tetap tgk bola.

Bagi aku,hidup ni bukanlah sekadar utk disuruh.lecturer suruh stdy,buat assigmnt,ko akan dapat markah tinggi,pointer tggi.aku bukan jenis yang macam nie.Tanpa gejala2 yang aku suka buat ni la,aku boleh dapat degree.

sekali lagi,Thanks to Allah and my parents,kerana bagi aku peluang utk aku menjadi insan yang berguna.

p/s:
sbnrnya byk orang utk aku berterima kasih,cukuplah sekadar yang penting sahaja.
BTW,thanks to my car yang buat aku rajin utk pegi kelas...haha

showing the Truth



Entri kali ni aku nk post movie,walaupun blog ni bukanlah utk tujuan hiburan.

Sebelom ni,aku penah cite pasal china.Kebolehan dieorang yg pandai meniru teknologi orang lain dan cintakan barangan tempatan mereka.

Baru2 ni,aku tgk IP MAN 2..download je,hehe...so...bg kaum laki2,konfem akan kata best sebab filem ni penuh dgn action,klu laki xsuke action,aku pon xtaw la nk kate ape.

Filem ni adalah sambungan dari filem pertama,IP MAN dimana IP MAN tu adalah nama orang.Aku rasa filem ni akan ada sambungan utk menceritakan kisah bruce lee plak lepas nie.

Kenapa aku berminat nk cerita pasal filem nie?sebab aku kagum dgn realiti filem ini.Menunjukkan gaya hidup kaum china yg btl2 miskin masa tu,dan penuh dgn semangat patriotism.

xdapat dinafikan sebab filem ni adalah based on kisah lama,masa tu china mmg tgh miskin,dan ape yg mereka ada hanyalah martial arts.

Mereka tidak menunjukkan kebolehan mereka dari segi kekayaan,tetapi menunjukkan semangat cinta mereka kepada tanah air,filem seperti ini yg sepatutnye dibangunkan di malaysia.

Bukan mcm filem2 skrg yg suke tayang kekayaan keluarga yang diwarisi anak beranak,berebut harta,berebut perempuan,xsama taraf la..ape la...

Xbest la buat filem cam nie,bende yg sama,penonton akan cepat tangkap...show some value please...not the love story only...


please watch the movie...not read the movies... :)

Sebuah Kisah Klasik Utk Masa Depan



2.30 pagi,sabtu 1/5/2010,aku selamat smpi di rumah aku. boleh dikatakan seharian aku tido di katil ku yg empuk ni.hehe,530 petang sabtu baru aku bgn klu xsilap aku.haha.

aku online,seperti biasa,tabiat ku suka melayari blog yg bermanfaat utk aku membaca.Tetapi mostly posting @ entri yang baru semuanya berbaur kesedihan.aku baru sedar,yes betol.semua tentang kesedihan kerana akan meninggalkan kawan2 yang sekian lama sudah kita kenal.

Ini termasuklah blog kawan aku,aka pidot...sori pidot,aku baru perasan entri ang suma sedih2 :)....sebagai seorang lelaki yg mmg terkenal dengan sikap macho dan ego,lelaki juga ada perasaan sedih.mereka juga berhak utk sedih.same goes to girl.

kawan2 memang sukar utk digambarkan.begitulah apa yang cuba dismpikan oleh gambar di atas.tetapi ade sebab mengapa kite kene berpisah...tibe2 aku teringat dengan lagu sheila on 7,tajuk lagu - sebuah kisah klasik utk masa depan.

lirik yang cukup mendalam,ade meaning.Mengapa kite perlu berpisah,mengapa kita bersuka ria di saat kite bersama,dan saat sewaktu kite bersama yang akan buat kite rindu dan dibanggakan di masa depan.

sedikit cebisan lirik dari lagu sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kar'na hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Kar'na waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

aku xsangka yang lagu ini akan beri maksud yang mendalam masa aku dgr lagu ini beberapa tahun yang lepas....life must go on,i forget just why :)

Thanks

keinginan aku utk menulis tentang diri ku pabila tamat pengajian ku di ipt semakin tggi.Seperti yang ku katakan sebelum ini,perasaan kosong bermain difikiran ku.Sungguh janggal perasaan nya apabila tamat study,perasaan gembira tetap ada tetapi masih terasa something yg buat aku akan rindui saat2 aku di ipt.

Dalam beberapa hari yang lepas, umo aku lanjut ke usia 24 tahun.satu usia yg boleh dikatakan usia utk aku memulakan kerjaya aku.Sejujurnya, 10 tahun yang lepas aku tidak nampak dimana aku 10 tahun akan datang.aku tidak penah terfikir utk melangkah masuk ke universiti,seterusnya menghabiskan pelajaran ku dengan sempurna.

aku tidak pandai utk menyusun laluan hidup aku,tetapi gerak hati aku,bantuan dari ibubapa ku,petunjuk dari yang Maha Esa membolehkan aku kecapi ape yg aku ada sekarang.aku masih igt lagi,khutbah jumaat pada bulan march xsilap aku.Kejayaan yg aku kecapi sekarang ini,bukanlah dari diriku sepenuhnya.tanpa bantuan dari ibubapa dari segi kewangan atau moral support mungkin perjalanan hidupku akan terbantut.

tidak lupe juge kepada kawan2 ku,yang menceriakan lagi liku2 kehidupan ku sewaktu belajar.Pensyarah juga memainkan peranan penting,tanpa ilmu yang di ajar,mungkin aku akan jadi seorang yang bodoh walaupun aku tahu aku boleh study sendiri.Dan yang paling penting,kurniaan dari Allah S.W.T.

tanpa akal fikiran,emosi,decision making dan segala bende yang kite pinjam dari yang Maha Esa,semua angan2 utk menggenggam segulung ijazah lenyap sebegitu sahaja.Aku bersyukur,kerana aku dan kawan2 ku,antara golongan yang aku boleh katakan bernasib baik kerana dapat melengkapkan proses pembelajaran ku.Alhamdulillah....

24 tahun baru aku dpt completekan pembelajaran ku utk mendapat ijazah.Agak lama disitu,kerana aku tidak memilih jalan yang lebih singkat walaupun menerima tawaran utk ke jalan yg lebih singkat.Aku prefer jalan yg jauh.Ternyata,aku tidak salah.syukur...

aku menghitung hari di UTM,utk pulang ke rumah kedua ibu bapa ku, seorang demi seorang kawan2 ku pulang ke kampung masing2.aku menghabiskan saki baki masa ku utk bersama dgn kawan ku.Di saat tu,aku terlihat sekumpulan anak2 kecil bermain.terpancar keriangan di wajah mereka.

aku terpikir sejenak,kanak2 berumur lingkungan dalam 8-10 tahun sungguh ceria dalam kehidupan mereka kerana mereka masih kecil.Tidak memikirkan terlalu byk masalah.Tetapi, aku percaya perjalanan utk si anak2 kecil ini masih jauh.masih jauh utk mereka merancang demi masa depan mereka.

aku berharap,anak2 kecil sekarang ni termasuk adik2 aku,diberikan peluang sama seperti ku.ye,memang betol dalam dunia ini mesti ada yang pandai,dan yang bodoh.yang di atas,dan di bawah.Bak kata Nami,"its take two to tango". Alangkah baik klu dunia ini dipenuhi dgn perkara yang baik2 sahaja,tetapi perkara sebegini sudah pasti xkan berlaku.

aku mahu anak2 kecil zaman sekarang diberikan peluang seperti ku,supaya generasi2 akan datang lebih bagus.Lebih ramai yang berjaya.Dan yang paling penting,mereka tidak salah memilih laluan hidup mereka.jauhilah mereka dari bencana atau perkara yang kurang elok,jenayah dan sebagainya yang boleh mencacatkan masa depan mereka.

seperti posting sebelum ini,aku berkata,masa depan negara kita terletak di tangan anak2 kita.Bagaimana mereka mencorak dunia ini. :)

just my two cent...

none aka kosong aka empty

saat aku menulis posting ini,dalam 2 jam yang lepas,aku selesai menjawab paper terakhir aku di UTM.Ini merupakan semester terakhir aku. Perasaan gembira kerana , aku boleh dikatakan sudah berjaya utk menggenggam segulung ijazah buat kedua ibu bapa ku,dan juga utk diri ku (un-officially)

alhamdulillah,aku berjaya.tetapi aku terfikir sejenak, adakah aku akan dapat rasa semula moment2 semasa aku di UTM?

saat makan beramai2 dgn kwn2,study sama2,hang out sama2,sembang2 dan macam2 lagi...moment seperti ini susah utk aku dapat kembali...itu belom kira lagi mmber tolong kite disaat kite dalam kesusahan...dan byk lagi...

so,gune la peluang yg ada skg ni,sebaik mgkn dgn rakan2 mu sekalian.susah utk kita mencari kawan yg boleh bersama kite sewaktu senang dan susah.

buat rakan2 ku,aku sungguh bersyukur kerana ada manusia yg mcm kamu.bermacam2 jenis kerenah yg buat aku hepi :)

to all my frens,thanks a lot...
maybe we can meet again....

Lama aku tidak ber-Blog

memang lama aku xtulis ape2 kat blog nie, banyak isu yg aku nk sampaikan tapi xde masa. kehidupan semester akhir aku di IPTA penuh dengan bermacam2 keje. yang paling utama ialah PSM.PSM= projek susahkan mahasiswa hehe

aku mmg xde bende nk ckp,aku nk story pasal diri aku je kali ini. aku stop blog dalam 2 bulan lepas disebabkan kawasan hostel aku ni dah xde wi-fi. yuran bayar utk wifi tp aku xdpt gune,ape kes ni.

kemudian, di bebani pulak dgn PSM,pastu thesis writing dan final exam.aku tulis post ni pon sebab aku dah setel thesis aku dimana begitu susah utk mencari idea utk aku menggoreng.

to be truth, aku tidak hebat utk menggoreng ayat dalam bahasa omputeh berbanding melayu.sebab itu aku mengerah otak aku begitu payah utk menyiapkan thesis.Buat kawan2 ku yg masih on the way buat thesis,buat la sehabis baik.

jangan la menjadi sebuah mesin potostat kerana itu adalah projek diri anda sendiri, bukan projek tiru dan salin sekadar utk lulus subjek PSM sebaliknya ia boleh improve our writing skill in english.

masa depan anak2 terletak di tangan mahasiswa sekarang,mahasiswa yg berpegang kepada prinsip tiru dan salin .Fuh!cam ne la agak nye eh, be a thinker not a fighter!


plagiarism is a crime!!!

kertas menjadi pegangan

aku masih lagi penuntut ipta yang menunggu masa utk dilepaskan,seperti haiwan2 belaan yg teringin utk dibebaskan.Hari semakin singkat,lambat laun aku akan meninggalkan tempat belajar ku ni.

klu diikutkan flow perjalanan hidup seseorang,selepas abes belajar akan mencari pekerjaan @ teruskan belajar ke peringkat yg lebih tggi dan akan juga keje saban hari.pendek kata,kerja merupakan salah satu perkara wajib dalam hidup selain belajar.dari sinilah,tmpt utk kite mendapat rezeki utk membina kerjaya dan keluarga.

apa yang buat kerjaya seseorang itu dilihat dan dipandang?sudah tentulah kejayaan yang diperolehinya.bukan mudah utk mencapai kejayaan,tetapi zaman sudah berubah.kejayaan tidak lagi dilihat pada zaman skg,tetapi kemewahaan sudah mengambil alih dan berada no 1 di pemikiran2 manusia skg.

manusia sudah menjadikan kertas sebagai pegangan mereka.mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kertas. disebabkan kertas, muncullah lah peragut2 yang berani mati tanpa memikirkan nyawa orang lain dengan syarat,mereka mendapat kertas. utk makan dan minum,semuanya memerlukan kertas.

kertas jugalah yang menyebabkan sesetengah projek2 mega tercalar reputasinya.tiada manusia yg tidak inginkan kertas,manusia sanggup hilang maruah utk mendapatkan kertas.sanggup bunuh sesama sendiri hanya kerana kertas.

kertas sudah pon menjadi satu agenda besar dlm setiap manusia, kertas seolah2 merupakan pegangan mereka.aku sendiri tidak tahu bile perkara begini akan pulih...

Find It