keinginan aku utk menulis tentang diri ku pabila tamat pengajian ku di ipt semakin tggi.Seperti yang ku katakan sebelum ini,perasaan kosong bermain difikiran ku.Sungguh janggal perasaan nya apabila tamat study,perasaan gembira tetap ada tetapi masih terasa something yg buat aku akan rindui saat2 aku di ipt.
Dalam beberapa hari yang lepas, umo aku lanjut ke usia 24 tahun.satu usia yg boleh dikatakan usia utk aku memulakan kerjaya aku.Sejujurnya, 10 tahun yang lepas aku tidak nampak dimana aku 10 tahun akan datang.aku tidak penah terfikir utk melangkah masuk ke universiti,seterusnya menghabiskan pelajaran ku dengan sempurna.
aku tidak pandai utk menyusun laluan hidup aku,tetapi gerak hati aku,bantuan dari ibubapa ku,petunjuk dari yang Maha Esa membolehkan aku kecapi ape yg aku ada sekarang.aku masih igt lagi,khutbah jumaat pada bulan march xsilap aku.Kejayaan yg aku kecapi sekarang ini,bukanlah dari diriku sepenuhnya.tanpa bantuan dari ibubapa dari segi kewangan atau moral support mungkin perjalanan hidupku akan terbantut.
tidak lupe juge kepada kawan2 ku,yang menceriakan lagi liku2 kehidupan ku sewaktu belajar.Pensyarah juga memainkan peranan penting,tanpa ilmu yang di ajar,mungkin aku akan jadi seorang yang bodoh walaupun aku tahu aku boleh study sendiri.Dan yang paling penting,kurniaan dari Allah S.W.T.
tanpa akal fikiran,emosi,decision making dan segala bende yang kite pinjam dari yang Maha Esa,semua angan2 utk menggenggam segulung ijazah lenyap sebegitu sahaja.Aku bersyukur,kerana aku dan kawan2 ku,antara golongan yang aku boleh katakan bernasib baik kerana dapat melengkapkan proses pembelajaran ku.Alhamdulillah....
24 tahun baru aku dpt completekan pembelajaran ku utk mendapat ijazah.Agak lama disitu,kerana aku tidak memilih jalan yang lebih singkat walaupun menerima tawaran utk ke jalan yg lebih singkat.Aku prefer jalan yg jauh.Ternyata,aku tidak salah.syukur...
aku menghitung hari di UTM,utk pulang ke rumah kedua ibu bapa ku, seorang demi seorang kawan2 ku pulang ke kampung masing2.aku menghabiskan saki baki masa ku utk bersama dgn kawan ku.Di saat tu,aku terlihat sekumpulan anak2 kecil bermain.terpancar keriangan di wajah mereka.
aku terpikir sejenak,kanak2 berumur lingkungan dalam 8-10 tahun sungguh ceria dalam kehidupan mereka kerana mereka masih kecil.Tidak memikirkan terlalu byk masalah.Tetapi, aku percaya perjalanan utk si anak2 kecil ini masih jauh.masih jauh utk mereka merancang demi masa depan mereka.
aku berharap,anak2 kecil sekarang ni termasuk adik2 aku,diberikan peluang sama seperti ku.ye,memang betol dalam dunia ini mesti ada yang pandai,dan yang bodoh.yang di atas,dan di bawah.Bak kata Nami,"its take two to tango". Alangkah baik klu dunia ini dipenuhi dgn perkara yang baik2 sahaja,tetapi perkara sebegini sudah pasti xkan berlaku.
aku mahu anak2 kecil zaman sekarang diberikan peluang seperti ku,supaya generasi2 akan datang lebih bagus.Lebih ramai yang berjaya.Dan yang paling penting,mereka tidak salah memilih laluan hidup mereka.jauhilah mereka dari bencana atau perkara yang kurang elok,jenayah dan sebagainya yang boleh mencacatkan masa depan mereka.
seperti posting sebelum ini,aku berkata,masa depan negara kita terletak di tangan anak2 kita.Bagaimana mereka mencorak dunia ini. :)
just my two cent...
Since 2012
9 years ago
huhu
huhu ja?