Alexander bukan Zulkarnain

Betul ke Zulkarnain ni sebenarnya Alexander??sejauh mana kebenarannya…dari segi sejarah ape yang aku baca terdapat beberapa salah faham,salah tafsir sama sekali dimana Zulkarnain tidak sama sekali dengan Alexander..aku sendiri pun bersetuju Zulkarnain bukan Alexander..

ISKANDAR Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua sama orangnya.

Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan akhlak dan visi mereka berdua.

Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan akhlak mereka.

Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku Iskandar Zulkarnain.

Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus.

Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau Gog-ma-Gog.

Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai sempadan atau halangan daripada kaum Ya’juj dan Ma’juj itu, tanpa mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari terbenam di barat.

Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu.

Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean untuk ke Greece dan menguasai lautan itu.

Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Macedonia adalah sebuah negeri dalam Greece.

Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan manusia.

Jangan samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi Muhammad SAW.

Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah kemanusiaan di seluruh dunia.

Memang jelas la bahawa sikap dan sifat Zulkarnain dan Alexander adalah jauh sama sekali…kalau korang nk tahu lebih lanjut..korang leh tgk kat astro oasis, saluran 106 Astro….mungkin korang leh faham dan tahu dengan lebih lanjut tentang penakluk hebat yang bernama ‘ISKANDAR ZULKARNAIN’.

By

PaaNz....WazZa

4 comments:

rj.zyra said...
on

saudara paanz,
I think its true,
sy pernah tgk crita Alexander the great di rtm1,
terkejut dengan character Alexander dlm cerita bukan sahaja membawa malapetaka di negara2 yg mereka serang, tapi alexander juga merupakan gay dlm crite tersebut.

tak mungkin Iskandar Zulkarnain mempunyai sifat2 sbegitu.

I guess something went wrong somewhere back then and people got confused with those two complete different individuals.

p/s: pernah tgk iklan Alexander bukan Zulkarnain di oasis, taPI x dpt nak tgk. thanks for posting this up. dpt xtra pengetahuan.

keep it up.

Habibi Sakir said...
on

time kaseh abg pahan..
terharu nye bace blog abg pahan...
banyak info bergune..
moge abg pahan dapat teruskan ye..

selamat malam abg pahan...
hehheh

tp kan bro,,alexender tu benar2 wujud ke?
atau sekadar rekaan para pemikir org yg dengki terhadap islam..maklumlah golongan ini suka amek sejarah islam dah mengeksploitasikan cerita yg sebenar..contoh cam dorg suke tuka nama seperti al-Jabbar jd algebra, dan banyak hasil kajian sarjana islam dorg amek dan tukar jd hak dorg..kalo ade yg perasan golongan ini suke letak nama die sebagai title hasil keja dorg, contohnye cam hukum newton, ohm's law dan lain2 lah..tp tidak bagi ilmuwan islam walaupun dorg yg pertama kali jumpe bende tu..patutnya leh dapat anugerah NOBEL lagi n ph.D berkali2..hehehe..sekadar pandangan je

Anonymous said...
on

wujud bro..tapi die lain agama..lain kaum..lain wawasan..lain pemikiran...cuma perwatakan dieorang je sama sebab tu orang kaitkan die dgn zulkarnain...

pidot86 said...
on

cayalah paan.. hidup ang kian berseri.. menampakkan bakat ang yg terlindung.. tahniah2.... truskan benda mcm nie.. yg ramai org tak tahu. terutamanya aku..

Post a Comment

Find It